7 Cara Mama Hargai Diri Sendiri Dikala Sibuk Dengan Tugas Harian & Bisnes

7 Cara Mama Hargai Diri Sendiri Dikala Sibuk Dengan Tugas Harian & Bisnes

1. Hidup Seimbang, Bukan Sempurna
Jangan sesekali bandingkan kehidupan mama dengan orang lain. Lain padang lain belalang. Hidup yang seimbang dunia, akhirat, keluarga, bisnes lebih penting dari yang NAMPAK sempurna. Hanya mama yang layak menilai kehidupan sendiri. Jadi ikut acuan orang lain. Bina kehidupan ikut acuan sendiri. Nikmati kehidupan dan fokus nikmat yang Allah sudah beri.

2. Tiada Kejayaan Tanpa Kesilapan
Tiada siapa yang tahu masa depan. Sepanjang perjalanan kehidupan, ada kala kita membuat kesilapan. Tiada guna kesal, teruskan kehidupan dengan positif. Jadikan kesilapan sebagai ‘feedback’ untuk perbaiki cara mama bertindak. Lebih baik buat dan silap dari tak buat apa-apa kerana takut silap.

3. Rancang & Susun Jadual Harian
Sediakan ‘planner’ untuk rancang aktiviti harian dan rekod kan segala aktiviti agar misi tercapai. Selain dari membentuk disiplin diri, ia juga bakal jadi memori indah mama dan keluarga. Urus diri, keluarga dan bisnes dengan cara yang bersistem kurangkan tekanan dan membuatkan mama lebih tenang.

4. Cipta Keseronokan Dengan Aktiviti Harian
Adakala ada tugasan harian yang mama tak berapa gemar. Pelbagaikan cara untuk tangani tugasan ini. Jadikan aktiviti itu lebih seronok dengan libatkan anak-anak dan suami. Boleh juga motivasi kan diri sendiri dengan cara lebih kreatif. Contohnya jika tak suka melipat kain. Buatkan aktiviti melipat kain lebih seronok dengan lipat sambil tonton drama korea. Atau buatkan sistem 1Anak 1Bakul 1Hadiah untuk mendapatkan bantuan anak-anak lipat kain sendiri.

5. Luangkan Sedikit Masa Setiap Hari Untuk Diri Sendiri
Sibuk dari buka mata sampai tutup mata setiap hari? Jika terlalu sibuk, mama ambil 1 minit sahaja sehari dari 24 jam itu untuk manjakan diri. Cari apa aktiviti 1 minit yang boleh dibuat setiap hari walaupun sesibuk mana pun mama. Contoh perkara yang boleh dibuat 1 minit seperti peluk dan puji diri sendiri sebelum lelapkan mata.

6. Keluar dari rumah dan Ambil Angin Luar
Jika mama banyak luangkan masa dalam rumah atau dalam bangunan, keluar sekali sehari walaupun 5 minit. Ambil angin luar dan bernafas dalam-dalam. Pandang kehijauan dan ucapkan Subhanallah, Alhamdulilah, AllahuAkbar. Berhenti sekejap dari berfikir apa-apa. Betul-betul kosongkan fikiran.

7. Buat Kerana Cinta
Penat sangat sebab semua kerja kena fikir, kena buat sendiri? Rasa beban berat sangat? Pandang wajah orang ataupun perkara yang mama geram sangat tu. Rasai cinta yang mengalir dalam hati. Mungkin hari ini mama yang banyak berusaha buat macam-macam. Mungkin di masa depan, mama yang banyak menerima dari memberi. Buat kerana cinta. Cinta kepada Allah yang beri mama kekuatan, kepandaian dan rezeki yang tak pernah putus-putus.

Tahniah kerana mama berjaya kawal emosi dan hargai diri sendiri. Apa yang mama lakukan setiap saat bakal diwarisi sikapnya oleh anak-anak yang bakal jadi penyambung kepada keturunan yang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *